AL-QURAN & SAINS MODEN BERCANGGAH ATAU TIDAK

<< < (2/2)

D90:
SETIAP MAKHLUK DIJADIKAN BERPASANG-PASANGAN

(( Dan segala sesuatu kami  ciptakan berpasang-pasang ))


 
 (((Surah Adz-Dzaariyaat : 49)

Ini merujuk kepada makhluk selain daripada manusia, haiwan-haiwan, tumbuhan-tumbuhan dan buah-buahan. Sebagai contoh, ia merujuk kepada fenomena penghasilan arus elektrik yang terdiri daripada atom negative dan atom positif iaitu elektron dan proton.

((Maha  Suci   Tuhan  yang  telah menciptakan berpasang-pasangansemuanya baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka mahupun dari apa yang tidak mereka ketahui)) ( surah Yaasin : 36)

Dalam ayat Al-Quran di atas, Allah S.W.T. menceritakan bahawa semua makhluk ciptaan-Nya adalah berpasang-pasangan, termasuklah juga makhluk yang tidak diketahui oleh manusia sekarang.

 

atas

 

VII.  ZOOLOGI

HAIWAN-HAIWAN & BURUNG-BURUNG HIDUP DALAM KOMUNITI

((Dan tiadalah haiwan-haiwan yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua-dua sayapnya, melainkan umat-umat (juga) seperti kamu..)) (Surah Al-An 'aam : 38)

Kajian menunjukkan haiwan-haiwan dan burung-burung hidup berkomuniti.

KUMPULAN BURUNG-BURUNG YANG BERTERBANGAN

Berkenaan dengan perkara di atas, Allah S.W.T. berfirman dalam Al-Quran.:

((Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang di angkasa bebas. Tidak
ada yang menahannya selain daripada Allah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar  terdapat  tanda-tanda (Kebesaran Allah) bagi orang-orang yang beriman.)) (Surah An-Nahl : 79)

 

Perkara yang sama telah diulang dalam ayat Al-Quran yang lain.

 

 

((Dan apakah mereka tidak memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu.)) (Surah Al-Mulk: 19)

Perkataan Arab yang digunakan dalam ayat Al-Quran di atas ialah "amsaka", yang bermaksud memegang, menyambar atau menahan. Penggunaan perkataan ini membuktikan Allah 'menerbangkan' burung-burung dengan kuasa-Nya. Kedua-dua ayat di atas menekankan tentang pergantungan burung-burung kepada kuasa Allah untuk terbang di langit. Data sains menunjukkan darjah kesempurnaan yang dimiliki oleh sesetengah spesis burung dalam cara mereka bergerak dan terbang. Jika kita melihat kepada penerbangan burung-burung yang kecil, yang berupaya untuk terbang jauh dan menempuhi kesusahan sepanjang perjalanan tersebut dan ini menunjukkan makhluk ini dikuasai oleh kuasa yang kuat, iaitu kuasa Ilahi. Di samping itu, mereka juga dapat terbang ke tempat lain, tetapi dapat kembali ke tempat yang hampir sama ; seakan-akan mereka diprogramkan oleh Allah S.W.T.

Profesor Hamburger dalam bukunya "Power and Fragility"
menceritakan tentang sejenis spesis burung; Burung 'Mutton'.
Burung ini tinggal di Lautan Pasifik. Beliau menceritakan bahawa burung ini dapat terbang hampir 15,000 batu dalam bentuk ‘8’ yang mengambil masa 6 bulan. Ajaibnya, burung ini dapat terbang dan pulang ke tempat yang sama! Sudah tentu seekor haiwan yang lemah tidak dapat melakukannya tanpa di’programm’kan oleh Allah Taala.

 


 
((Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah : "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibina oleh manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)..)) (Surah An-Nahl: 68-69)

Von-Frish menerima hadiah 'Noble" pada tahun 1973, kerana kajian beliau yang mendalam tentang lebah. Hasil daripada kajian itu mendapati lebah dapat berkomunikasi dan dapat memberitahu dengan tepat kepada lebah-lebah yang lain jika ia terjumpa bunga atau kebun baru. Cara lebah ini memberitahu lebah-lebah lain ialah melalui gerakannya ; 'Bee Dance' . Dengan menggunakan peralatan fotografi, maksud sebenar 'Bee Dance' cara lebah berkomunikasi telah dapat dipastikan secara saintifik.

Lebah pekerja atau askar lebah terdiri daripada lebah betina. Ini dapat dibuktikan dalam ayat al-Quran di atas (Surah An-Nahl:68-69). Ini kerana, dalam ayat tersebut perkataan ‘fasluki’ dan ‘kuli’ (kedua-dua perkataan ini menggunakan kata ganti nama bagi perempuan). Sedangkan pada zaman dahulu manusia beranggapan bahawa lebah yang bekerja (mencari madu dan lain-lain) adalah lebah jantan. Tambahan lagi, tanggapan salah ini ada disebut oleh Shakespeare dalam dramanya “Henry The Fourh”

Walaubagaimanapun, manusia hanya menyedari tentangnya lebih kurang 300 tahun dahulu melalui kajian-kajian moden. Oleh itu, jelaslah bahawa lebah yang bekerja (Worker Bee) dan menyelaraskan sarang (Queen Bee) adalah lebah betina.

SARANG LABAH-LABAH / TEMPAT TINGGAL YANG TIDAK KUKUH

Al-Quran menyebutkan tentang perkara ini dalam ayat di bawah.

((Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-
pelindung selain Allah adalah, seperti labah-labah yang menbuat
rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah
labah-labah    kalau    mereka mengetahui.))(Surah AlAnkabuut: 41)

Ayat ini menjelaskan betapa lemahnya sarang labah-labah dan ia juga menjelaskan bahawasanya hubungan kekeluargaan labah-labah adalah lemah; labah-labah betina memakan pasangannya, labah-labah jantan.

 

CARA HIDUP & CARA KOMUNIKASI SEMUT

Perhatikan ayat Al-Quran di bawah.

((Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya daripada jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan) Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut : "Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari.")) (Surah An-Naml: 17-18)

Pada masa dahulu, mereka yang membaca ayat ini akan mempersendakannya, dan mengatakan bahawa Al-Quran adalah sebuah cerita dongeng kerana ia menceritakan perihal semut bercakap antara satu sama lain. Bagaimanapun, sains moden telah membuktikan bahawa corak kehidupan sejenis serangga yang hampir sama dengan corak kehidupan manusia ialah semut. Ini boleh dilihat dalam aspek-aspek tertentu seperti di bawah :

1) Semut akan menanam semut lain yang mati, dan ini menyamai manusia.

2) Mereka mengamalkan sistem yang sama seperti manusia

 

 

 

dalam melakukan kerja ;terdapat pekerja-pekerja dan ketua-ketua dalam melakukan sesuatu kerja.

3) Mereka ber'cakap' pada waktu-waktu tertentu.

4) Mereka menggunakan sistem yang canggih untuk berkomunikasi.

5) Mereka menukar barang-barang mereka dalam 'pasar harian'.

6) Mereka dapat menyimpan biji-bijian dengan lama pada musim sejuk. Apabila biji-bijian itu bercambah, mereka akan memotongnya untuk mengelakkannya daripada rosak. Jika, biji-bijian tersebut terkena air, mereka akan mengeluarkan-nya untuk dijemur di bawah panas ma

 

atas

 

IX. PERUBATAN

MADU LEBAH SEBAGAI PENYEMBUH (UBAT)

Madu lebah dihasilkan daripada jus dari pelbagai jenis bunga-bungaan dan buah-buahan, yang kemudiannya disimpan dalam setiap ruang dalam sarangnya. Cuma beberapa kurun yang lalu, manusia baru menyedari bagaimana madu boleh terbentuk dalam badan lebah. Walaubagaimanapun, perkara ini telah terlebih dahulu disebut dalam Al-Quran.

((..dari perut lebah itu keluar minuman      (madu)      yang

bermacam-macamwarnanya, didalamnya terdapat ubat yang

menyembuhkan bagi manusia..))(Surah An-Nahl: 69)         

Sekarang, kita mengetahui bahawa madu mengandungi bahan-bahan penyembuh dan juga cecair antiseptik. Pada perang dunia ke-2, orang Rusia menggunakan madu untuk merawat luka mereka. Ini kerana, madu boleh menyembuhkan luka dan hanya meninggalkan sedikit kesan calar (pada luka mereka). Di samping itu, ia juga boleh mengelakkan pertumbuhan kulat / bakteria (di atas luka).

Selain itu, seseorang yang mempunyai alahan kepada sesetengah pokok dapat disembuh dengan madu (dari pokok tersebut). Madu lebah juga diperkaya dengan fruktosa (gula daripada buah) dan vitamin K.

Apapun, pengetahuan tentang madu lebah baru sahaja kita ketahui melalui kajian-kajian yang dilakukan, sedangkan Al-Quran telah menyebut tentangnya ketika ia diturunkan pada 1400 tahun dahulu.

 

X. FISIOLOGI

KITARAN DARAH DAN PENGHASILAN SUSU

Al-Quran diturunkan 600 tahun sebelum pakar sains, Ibnu Nafees menghuraikan tentang kitaran darah dan 1,000 tahun sebelum William Harwey memperkenalkan konsep ini kepada dunia barat. Pada 1,400 tahun dahulu, semasa Al-Quran diturunkan, manusia tidak mengetahui bagaimanakah terbentuknya susu (dalam badan). Walaubagaimanapun, Al-Quran telah menyebut tentangnya terlebih dahulu.

Huraian dalam Al-Quran tentang penghasilan susu (dalam badan) amatlah bertepatan dengan penemuan fisiologi moden. (Rujukan buku "The Bible, the Qur'an, and Science", Dr.Maurice Bucaille).

(( Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum daripada apa yang terdapat dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya.)) (Surah An Nahl: 66)

 

((Dan sesungguhnya pada haiwan-haiwan ternak; benar-benar terdapat pelajaran yang penting bagi kamu, Kami memberi minum kamu dari air susu yang ada dalam perutnya, dan (juga) pada haiwan-haiwan ternak itu terdapat faedah yang banyak untuk kamu, dan sebahagian daripadanya kamu makan.)) (Surah Al-Mukminuun: 21)

 

 

atas

 

EMBRIOLOGI

MANUSIA DICIPTA DARIPADA ' ALAQ (SEPERTI  LINTAH)

Beberapa tahun dahulu, sekumpulan pelajar Arab telah mengumpul data tentang embriologi daripada Al-Quran. Mereka juga mengikut setiap arahan mengenainya (embriologi) yang terdapat dalam Al-Quran.

((..maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.)) (Surah An-Nahl : 43, Surah Al-Anbiyaa' : 7) .......

Kumpulan pelajar tadi mengumpul maklumat (mengenai embriologi) daripada Al-Quran, dan menterjemahkannya ke dalam bahasa Inggeris. Mereka kemudiannya berjumpa Profesor (Dr) Keith Moore untuk mendapatkan keterangan terperinci tentang apa yang disebut dalam Al-Quran mengenai embriologi. Prof.Keith Moore merupakan seorang Profesor Embriologi dan Pengerusi Jabatan Anatomi di Universiti Toronto, Kanada dan beliau juga seorang yang pakar dalam bidang ini.

Selepas membuat kajian terperinci mengenai tafsiran ayat-ayat Al-Quran, beliau mengatakan bahawa fakta yang terkandung dalam Al-Quran mengenai embriologi adalah amat bertepatan dengan fakta sains moden. Walaubagaimanapun, beliau tidak dapat memberi penjelasan bagi beberapa ayat Al-Quran, disebabkan beliau tidak mempunyai fakta mengenainya.

 

((Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan.

 Dia telah Menciptakan manusia dari segumpal darah.)) (Surah Al-'Alaq: 1-2)

Perkataan `alaq' di samping bermakna seketul darah, ia juga bermaksud sesuatu yang bersifat seperti lintah (cara makannya dan kedudukannya yang ber'gantung').

Profesor Keith Moore, pada permulaanya tidak mengetahui sama ada janin (embrio) mempunyai sifat seperti lintah. Selepas membuat kajian dengan terperinci dengan menggunakan mikroskop yang kuat, beliau terkejut apabila mendapati bahawa 'alaq benar-benar menyerupai seekor lintah! Oleh itu, dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan embriologi, beliau berjaya mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai bidang ini.

Dr. Keith Moore dapat menjawab sebanyak 80 soalan yang diutarakan kepada beliau dalam bidang embriologi yang dipetik daripada Al-Quran dan hadis. Menurut Dr. Keith Moore jika soalan-soalan ini diajukan kepada beliau 30 tahun yang lalu, beliau sudah tentu tidak dapat menjawabnya kerana kekurangan fakta-fakta saintifik dalam bidang ini. Tetapi, sekarang Alhamdulillah, dengan bantuan alatan yang canggih, Prof. Keith Moore dapat membuktikan kebenaran fakta-fakta yang terkandung dalam Al-Quran mengenai embriologi.

Sebelum ini, Prof. Keith Moore telah menulis sebuah buku "The Developing Human". Walaubagaimanapun, selepas mendapat maklumat yang banyak mengenai embriologi daripada ayat-ayat Al-Quran, beliau sekali lagi berjaya menulis edisi ke-3 bagi buku tersebut pada tahun 1982. Melalui buku tersebut, beliau telah berjaya memenangi Anugerah Buku Perubatan Terbaik yang hanya ditulis oleh seorang saintis. Buku ini juga diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa utama di dunia dan ia menjadi buku rujukan dalam bidang embriologi bagi pelajar-pelajar perubatan tahun pertama.

Pada tahun 1981, semasa Persidangan Perubatan ke-7 di Dammam, Arab Saudi, Dr. Moore menegaskan bahawa ayat Al-Quran tentang embriologi pastinya datang daripada Allah kepada Nabi Muhammad (S.A.W.). Ini kerana, manusia pada zarnan itu, setentunya tidak pernah terfikir tentang perkara ini dan ini jelas menunjukkan bahawa Nabi Muhammad (S.A.W.) pastinya seorang Rasul-Allah (*rujukan daripada pita video "This is the Truth").

Dr. Joe Leigh Simpson, Pengerusi Jabatan Sakit Puan di Kolej Perubatan Baylor, U.S.A., mengatakan bahawa Perkataan Nabi Muhammad S.A.W. (Hadis) pastinya bukan berdasarkan kepada fakta sains yang ada pada zaman Baginda (pada abad ke-7), kerana perkara begini tentunya tidak pernah terlintas di fikiran manusia pada masa itu.

 

MANUSIA DICIPTA DARIPADA SETITIK AIR MANI YANG TERHASIL DI ANTARA TULANG BELAKANG DAN TULANG RUSUK

((Maka    hendaklah    manusia memerhatikan dari apakah dia dijadikan   ?#  Dia   diciptakan daripada air yang terpancar # Yang          keluar dari antara tulang sulbi laki-laki dan tulang dada perempuan.))(Surah Ath-Thaariq : 5-7)                                 

Dalam peringkat janin (embrio), organ reproduksi bagi lelaki & perempuan iaitu, testis dan ovari memulakan pembesarannya berhampiran dengan buah pinggang yang terletak di antara tulang belakang dan tulang rusuk yang ke- 1 1 dan ke- 12. Kemudian organ reproduksi (testis & ovari) 'turun ke bawah'. Ovari berhenti di dalam pelvis, manakala testis terus turun ke skrotum. Semasa dewasa, organ reproduksi masih lagi menerima saraf dan bekalan darah aorta abdomen yang terletak antara tulang belakang dan tulang rusuk. Begitu juga dengan salur Limfa dan salur darah venul yang berulang-alik ke tempat yang sama.

MANUSIA DICIPTA DARIPADA NUTFAH (CECAIR YANG  SEDIKIT)

Al-Quran yang mulia menyebut tidak kurang daripada 11 kali mengenai manusia dicipta daripada 'nutfah'. Ayat-ayat Al-Quran tersebut ialah; 16:4, 18:37, 22:5, 23:13, 35:11, 36:77, 40:67, 53:46, 75:37, 76:2 dan 80: 19.

Fakta yang tersebut dalam Al-Quran diakui oleh sains moden, iaitu; hanya satu sperma (lelaki) yang diperlukan untuk proses persenyawaan dengan ovum (perempuan). Ini bererti, 1 daripada 3 juta / 0.00003 % daripada sperma yang diperlukan untuk proses tersebut.

D90:
MANUSIA DICIPTA DARIPADA SULALAH (SARIPATI AIR MANI)

((Kemudian    Dia    menjadikan keturunannnya dari saripati air yang hina (air mani).))         (Surah As-Sajdah : 8)   

Perkataan Arab yang digunakan dalam ayat di atas ialah 'sulalah' yang bererti saripati air mani. Sebagaimana yang kita ketahui, hanya satu sperma (lelaki) yang diperlukan untuk tujuan persenyawaan (dengan ovum), oleh itu perkataan 'sulalah' digunakan untuk merujuk kepada sperma tersebut.

 

MANUSIA DICIPTA DARIPADA NUTFATUN AMSHAAJ  (CECAIR YANG BERCAMPUR)

Perhatikan ayat Al-Quran di bawah.

                                                                     

((Sesungguhnya   Kami   telah        menciptakan manusia daripada       setitis mani yang bercampur..)) (Surah Al-Insaan : 2)

Perkataan Arab dalam ayat di atas ialah 'nutfatin amshaaj" yang bermaksud cecair yang bercampur, iaitu cecair dari pihak lelaki dan perempuan.

 

PENENTUAN JANTINA

Penentuan jantina pada janin ditentukan oleh sperma (lelaki) dan bukan ovum (perempuan). Jantina seorang bayi sama ada lelaki atau perempuan bergantung kepada pasangan 23 kromosom (sama adaXX/XY).

Pendeknya, jika sperma X disenyawakan dengan ovum, maka jantina bayi adalah perempuan. Manakala, jika sperma Y disenyawakan dengan ovum, maka jantina bayi adalah lelaki.

((Dan bahawasanya Dialah yang menciptakan berpasang-pasangan laki-laki dan perempuan # Dari air mani, apabila dipancarkan.))          (Surah An-Najm : 45-46)

Perkataan Arab 'nutfah' dalam ayat Al-Quran di atas bermaksud, cecair yang sedikit, dan perkataan 'tumnaa' pula bermaksud yang terpancar. Oleh itu, perkataan 'nutfah' dalam ayat ini sememangnya dikhususkan kepada sperma, kerana ia 'terpancar'.

((Bukankah dia dahulu setitis mani yang ditumpahkan (ke dalam rahim) #       Kemudian mani itu menjadi segumpal darah, lalu Allah menciptakannya, dan menyempurnakannya # Lalu Allah         

menjadikan daripadanya sepasang :laki-laki dan perempuan )) (Surah Al-Qiyaamah; 37-39).     .

 

 

 

Dalam ayat di atas juga disebut 'nutfatan min maniyyin' yang bererti cecair yang sedikit (sperma). Ini jelas membuktikan bahawa lelaki yang bertanggungjawab menentukan jantina janin.

Ibu-ibu mertua di negara-negara Asia ;India, Malaysia, China dan sebagainya biasanya inginkan cucu lelaki, dan mereka akan menyalahkan menantu-menantu perempuan jika mereka melahirkan bayi perempuan. Tetapi, mereka (ibu-ibu mertua) tidak mengetahui bahawa sebenarnya anak-anak lelaki mereka yang bertanggungjawab menentukan jantina bakal cucu mereka!!

JANIN DISELAPUTI OLEH TIGA KEGELAPAN

((...Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalamtiga kegelapan...))

( Surah Az-Zumar : 6)                                       

Menurut Profesor Keith Moore, selaput kegelapan yang disebut dalam Al-Quran ialah :

i) Perut ibu yang hadapan

ii) Binding uterus

iii) Kulit 'amnio-chorionic'

 

PERINGKAT-PERINGKAT JANIN

((Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah # Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim) # Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang-belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta yang Paling Baik.)) (Surah Al-Mukminuun: 12-14)

Dalam ayat ini, Allah menjelaskan bahawa manusia dicipta daripada cecair yang sedikit, yang diletakkan di tempat yang kukuh (qararin makiin). Uterus dilindungi dengan baik dari arah belakang, melalui tulang belakang dan otot-ototnya, Janin tersebut juga dilindungi lagi oleh kulit yang mengandungi cecair amnion (amniotic fluid).

Kemudian cecair yang sedikit ini dijadikan 'alaqah yang bererti sesuatu yang bergantung (lintah). 'Alaqah juga bermaksud segumpal darah. Ini berlaku semasa minggu ketiga dan keempat mengandung.

 

Pada 1677, Hamm dan Leeuwenhoek adalah dua orang saintis yang pertama yang telah berjaya mengkaji sperma manusia dengan menggunakan mikroskop. Mereka beranggapan bahawa satu sperma mengandungi manusia yang kecil tetapi lengkap beranggota yang akan membesar dalam rahim ibu dan membentuk seorang bayi. Anggapan ini dikenali sebagai "teori Perforation". Walaubagaimanapun, apabila para saintis menemui bahawa ovum (perempuan) sebenarnya lebih besar saiznya daripada sperma, seorang saintis, De Graf dan saintis lain berpendapat bahawa 'manusia kecil' yang dikatakan terdapat dalam sperma sebenarnya terdapat dalam ovum. Kemudiannya, pada abad ke-18 Maupertuis telah mengetengahkan teori 'Biparental Inheritance' yang bermaksud gabungan sperma dan ovum bertanggungjawab dalam pembentukan bayi yang sempurna.

'Alaqah ini kemudiannya bertukar menjadi Mudghah yang bermaksud segumpal daging (seperti ayat di atas).Mudghah ini pula bertukar menjadi tulang-belulang (izaam). Tulang- belulang ini dibungkus dengan otot/daging (Lahm). Kemudian, Allah jadikannya makhluk lain.

Profesor Marshall Johnson mengetuai kumpulan saintis di U.S juga merupakan ketua Jabatan Anatomi dan Pengarah Institut Daniel di Universiti Thomas Jefferson di Philadelphia di U.S. Beliau telah diminta memberikan komen beliau mengenai embriologi yang dihuraikan di dalam Al-Quran. Beliau amat kagum dengan ketepatan huraian Al-Quran mengenai peringkat-peringkat janin. Beliau mengatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w pastinya mempunyai alatan mikroskop yang canggih sehingga dapat mengkaji dan memberi huraian yang tepat mengenainya.Namun begitu, beliau diingatkan bahawa pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, mikroskop masih belum dicipta. Akhirnya, beliau mengakui

 

bahawa mikroskop yang mula-mula dicipta tidak dapat membesarkan imej sesuatu objek seni lebih daripada 10 kali dan imejnya tidak jelas. Profesor Johnson terpaksa menerima bahawa Al-Quran adalah wahyu daripada Tuhan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Menurut Profesor Keith Moore, cara moden peringkat-peringkat embnologi diklasifikasikan sebagai tidak jelas tetapi cara pengklasifikasian embriologi dalam Al-Quran sangat mudah difahami.


 
((Bukankah dia dahulu setitis air maniyang ditumpahkan (ke dalam rahim) # Kemudian mani itu menjadi segumpal darah lalu Allah menciptakannya dan menyempurnakannya # Lalu Allah menjadikan daripadanya sepasang iaitu lelaki dan perempuan)) (Surah Al-Qiyamaah : 37-39)


 
((Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadian-mu dan menjadikan susunan tubuhmu yang seimbang # Dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu)) (Surah Al-Infithaar: 7-8)

 

PERTUMBUHAN JANIN; SEBAHAGIAN SEMPURNA DAN SEBAHAGIAN TIDAK SEMPURNA

Pada peringkat 'mudghah', jika janin dibedah, kita akan dapat melihat bahawa pertumbuhan sesetengah organ janin adalah sempurna dan selebihnya adalah tidak sempurna. Inilah yang dihuraikan dalam Al-Quran dan menurut Prof. Johnson, inilah huraian yang tepat.

((..Kami telah jadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu...)) (Surah Al-Haj: 5)

 

DERIA PENDENGARAN DAN PENGLIHATAN

Deria pertama yang dijadikan pada janin (embrio) ialah deria pendengaran. Oleh itu, janin yang berumur 24 minggu sudah mampu mendengar bunyi-bunyian. Manakala, pada minggu yang ke-28 pula, deria penglihatan terbentuk pada janin.

Perhatikan ayat-ayat Al-Quran di bawah yang menghuraikan tentang proses-proses di atas.

((Dan   Dia   menjadikan   bagi   kamu pendengaran, penglihatan dan hati..)) (Surah As-Sajdah : 9)((Sesungguhnya    Kami    telah

menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang Kami hendak   mengujinya    (dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami adikan dia mendengar dan melihat.)) (Surah Al-Insaan : 2)

((Dan Dialah yang telah menciptakan bagi kamu sekelian, pendengaran, penglihatan dan hati. Amat sedikitlah kamu (yang bersyukur).)) (Surah Al-Mukminuun : 78)

Dalam semua ayat Al-Quran di atas, deria pendengaran disebut dahulu sebelum deria penglihatan. Ini jelas membuktikan huraian dalam Al-Quran adalah bertepatan dengan fakta sains mengenai embriologi.

 

 

atas

 

XL. SAINS TERAS

CAP JARI

((Apakah manusia mengira, bahawa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-belulangnya? Bukan demikian, sebenarnya Kami berkuasa menyusun (kembali) jari-jemarinya  dengan  sempurna))(Surah Al-Qiyaamah : 3-4)

Satu daripada sebab-sebab yang menyebabkan orang-orang kafir menafikan kewujudan alam akhirat selepas mati ialah kerana bagi mereka adalah mustahil untuk mencantumkan semula tulang belulang manusia yang telah mati dan tambahan lagi dengan jumlah manusia yang besar. Allah menempelak mereka dengan mengatakan bahawa bukan sahaja Dia mampu untuk mencantumkan tulang-belulang manusia, tetapi Dia juga boleh mengaturkan semula jari-jemari kita dengan sempurna.

Kenapakah Al-Quran menekankan tentang jari-jemari apabila ia menyentuh tentang pengenalan seseorang manusia ?. Pada tahun 1880, cap jari digunakan sebagai alat untuk mengesan atau alat pengenalan bagi seseorang individu dan ini berlaku selepas kajian yang dilakukan oleh Sir Francis Golt. Ini kerana, tidak terdapat 2 orang manusia yang memiliki cap jari yang sama di dalam dunia ini. Ini juga menyebabkan pasukan polis menggunakan cap jari untuk mengenal-pasti penjenayah.

Walaubagaimanapun, pada 1400 tahun dahulu, pastinya tiada seorang pun yang terfikir tentang perkara sebegini, tetapi Allah

S.W.T, pencipta alam semesta ini telah menyebutkan tentangnya dalam Al-Quran.

WUJUDNYA RANSANGAN SAKIT (PAIN RECEP­TORS) DI BAWAH LAPISAN KULIT MANUSIA

Pada masa dahulu, manusia beranggapan bahawa rasa sakit cuma dirasai di otak. Tetapi, anggapan ini ditolak dengan penemuan sains moden yang mengatakan bahawa sebenarnya ransangan sakit bawah lapisan kulit (pain receptors), menyebabkan manusia berasa sakit.

Sebagai coutoh, seorang pesakit yang terkena api akan mengalami 2 jenis kebakaran. laitu, kebakaran yang hanya berlaku di bahagian atas kulit yang tidak akan merosakkan ransangan sakit (pain reseptors) di bawah kulitnya, tetapi jenis kedua iaitu kebakaran dalaman yang berlaku di bawah lapisan kulit yang akan merosakkan ransangan sakit (di bawah kulitnya). Ini bermakna, seseorang yang mengalami kebakaran jenis kedua ini adalah lebih bahaya keadaannya berbanding dengan yang mengalami kebakaran jenis pertama tadi. Ini kerana, ia tentunya tidak mampu untuk merasai sebarang ransangan lagi.

((Sesungguhnya orang-orang yang kaflr kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.)) (Surah An-Nisaa': 56)

 

Dalam ayat di atas, Allah menerangkan tentang kewujudan ransangan sakit.

Prof. Tagatat Tejasen, Pengerusi Jabatan Anatomi di Universiti Chiang Mai di Thailand, merupakan seorang saintis yang membuat banyak kajian tentang ransangan sakit. Pada mulanya, beliau tidak percaya mengenai fakta yang tersebut dalam Al-Quran tentang ransangan sakit. Ini kerana, bagi beliau tidak mungkin perkara yang bertepatan dengan penemuan sains moden terkandung dalam Al-Quran yang diturunkan pada 1,400 tahun dahulu. Selepas membuat beberapa kajian dan kepastian, beliau amat tertarik dengan ayat Al-Quran tersebut. Oleh itu, pada Persidangan Perubatan Saudi ke-8 yang berlangsung di Riyadh yang membincangkan tentang fakta-fakta sains yang terdapat dalam Al-Quran dan Sunnah (hadis), beliau telah melafazkan kalimah syahadah.

 

((Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh-Nya))

atas

 

PENUTUP

Kita tidak boleh mengatakan bahawa kewujudan fakta-fakta sains dalam Al-Quran adalah secara kebetulan. Ini kerana, bukan satu tetapi lebih kurang 1000 ayat dalam Al-Quran yang menyebutkan tentang fakta-fakta sains yang diterima-pakai sekarang.

((Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tan da-tanda bagi orang-orang yang berakal.))(Surah Ali-'Imran : 190)

Fakta-fakta sains di dalam Al-Quran membuktikan bahawa Al-Quran sememangnya datang dari (wahyu) Allah S.W.T. Ini kerana, adalah amat mustahil bagi manusia pada 1,400 dahulu untuk mengetengahkan fakta-fakta sains yang hanya dapat diketahui oleh para saintis moden, itupun dengan menggunakan bantuan alatan teknologi canggih dan penyelidikan yang mengambil masa yang lama.

Walaupun Al-Quran bukan sebuah buku sains, tetapi terdapat banyak ayat Al-Quran yang menyeru manusia untuk memikirkan maksud dan tujuan penghidupan mereka di dunia ini dengan melihat dan mengkaji kejadian alam semesta ini dan isi kandungannya.

Al-Quran merupakan Kalam Allah, Tuhan semesta alam, Tuhan yang sama yang mengutuskan pesuruh-pesuruh-Nya ; Nabi Adam, Nabi Musa, dll., hinggalah kepada 'Khataamul Anbiyaa'. Nabi Muhammad S.A.W. untuk menolong manusia mengenali Tuhan mereka serta mengajarkan mereka tentang maksud dan tujuan kehidupan mereka di dunia yang fana ini.

Fakta-fakta sains dalam Al-Quran ini akan membantu manusia untuk mendekatinya (Al-Quran) dan memahaminya serta dengan cara tidak langsung meningkatkan iman mereka kepada-Nya Yang Satu. Walaubagaimanapun, dalam buku risalah ini, saya akui bahawa saya tidak dapat meliputi kesemua perkara yang terdapat Al-Quran.

Prof. Tejasen menerima Islam apabila beliau tertarik dengan hanya satu daripada beribu-ribu fakta sains yang terdapat dalam Al-Quran. Sesetengah orang memerlukan 10 fakta sains dan setengahnya lagi memerlukan beratus-ratus fakta sains dari Al-Quran untuk meyakinkan diri mereka bahawa Al-Quran ini sebenarnya merupakan Kalam Allah. Akan tetapi, ada juga manusia yang tidak bersedia untuk menerima kebenaran ini walaupun mereka 'dihidang' dengan 1000 tanda kebenaran dalam Al-Quran. Al-Quran melaknat mereka yang bersifat sedemikian.

((Mereka tuli,bisu, dan buta, maka tidaklah mereka akan kembali ( kejalan yang benar).)) (SurahAl-Baqarah : 18)

Al-Quran mengandungi satu tatacara hidup yang lengkap dan sesuai untuk individu dan masyarakat. Alhamdulillah, cara hidup yang terdapat dalam Al-Quran adalah jauh lebih baik daripada isme-isme yang dicipta oleh manusia moden yang jahil (tentang agama). Siapakah yang lebih baik dan berhak untuk mengurniakan hidayah kepada manusia, melainkan Pencipta manusia itu sendiri ?!

Saya berdoa agar usaha saya yang hina-dina ini akan diterima Allah dan agar Allah S.W.T merahmati dan memberi petunjuk kepada saya dan kepada semua muslimin seluruh dunia ini...Aamin.

Navigation

[0] Message Index

[*] Previous page